1.PERTANDINGAN TULISAN KALIGRAFI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KL2012, TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30 -4.30 PM TEMPAT: SMK TMN CONNOUGHT 2. PERADUAN MENGARANG ESEI BAHASA CINA SEK.MEN.WILAYAH PERSEKUTUAN KL 2012 TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30-12 TENGAH HARI TEMPAT: SMK TMN CONNAUGHT, KL

Thursday 22 March 2012

ASPEK TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina II



Kuil Bakul (甜糕)
Satu lagi makanan kegemaran masyarakat Cina dalam Tahun Baru Cina. Dengan adanya kuil bakul yang sebegitu manis dalam sepanjang Tahun Baru Cina, ia menandakan kehidupan masyarakat Cina tersebut akan bertambah manis, gembira dan bahagia.



Warna Merah Sebagai Warna Dominan
Warna merah dan kuning akan diguna pakai sekiranya ia melibatkan peristiwa menggembirakan termasuk Tahun Baru Cina. Ini kerana warna-warna tersebut memberikan tuah, kekayaan, kesejahteraan, kesihatan baik, kekayaan, kemakmuran dan makna simbolik yang baik kepada seseorang baik. Apa-apa saja warna, warna merah akan diutamakan terlebihdahulu. Sekiranya anda melawat rumah masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina, rumah mereka akan dihiasi dengan warna merah. Mengikut tradisi lama, masyarakat Cina dikehendaki memakai pakaian berwarna merah atau kuning pada hari pertama Tahun Baru Cina. Malah mereka dilarang sama sekali memakai pakaian orang mati atau pakaian gelap seperti hitam, biru tua, hitam-putih, hitam-biru tua, hitam-biru tua-putih dan biru tua-putih. Warna ini akan memberi makna simbolik yang negatif seperti mati, kemalangan, malapetaka dan sebagainya kepada masyarakat Cina sepanjang tahun. Tetapi, generasi muda pada zaman sekarang tidak lagi mengikut tradisi ini. Jadi, pastikan anda memakai pakaian cerah semasa mengunjungi rumah masyarakat Cina.

Gong Xi Fa Cai (恭喜发财)
Ayat ini merupakan ayat yang wajib diucapkan semasa bertembung semasa Tahun Baru Cina. Tahukah apa maksudnya? Gong Xi bermaksud Selamat dan Fa Cai bermaksud Mengembangkan Kekayaan. Jadi, sekiranya anda melawat rumah masyarakat Cina sepanjang Tahun Baru Cina, ucaplah dulu Gong Xi Fa Cai kepada tuan punya rumah. Mereka mempercayai mereka akan dimurahkan rezeki dan kekayaan mereka dikembangkan sepanjang tahun tersebut.

Long Atau Naga Cina: Haiwan Mitos Masyarakat Cina

 
 
Long (naga) merupakan haiwan imaginasi yang dibayangkan oleh masyarakat Cina. Bagi semua peristiwa Cina, diwajibkan bagi mereka meletakkan gambar long member makna simbolik seperti tuah, kekayaan, kegembiraan dan sesuatu yang amat baik dan suci. Atas kesucian naga, masyarakat Cina menghormati naga seperti dewa-dewi sehingga mereka menamakan nama anak dan keturunan mereka dengan menggunakan long. Tahukah anda? Haiwan ini merupakan percantuman beberapa anggota badan haiwan tertentu sehingga menjadi seekor naga. Kalau ikut kepercayaan masyarakat Cina, naga hanya boleh didapati di syurga dan hanya boleh digunakan oleh dewa-dewi atau Tuhan sahaja. Tapi, kadang-kadang  naga dianggap sebagai pembantu khas dewa-dewi atau Tuhan. Kalau anda nak tahu, biasanya warna yang digunakan untuk melukis dan mengukir patung naga adalah merah dan kuning sebab kedua-kedua warna tersebut adalah warna tuah bagi masyarakat Cina. Berikut adalah deskripsi anggota badan naga:

Tanduk seperti tanduk rusa jantan; kepala seperti kepala haiwan acamel; mata seperti mata syaitan; leher seperti ular; perut seperti kepah; sisik seperti ikan kaloi; cakar seperti burung helang; tapak kaki seperti harimau; telinga seperti lembu. Terdapat sesuatu benda yang berupakan benjolan besar di atas kepalanya, ia dipanggil sebagai chi mu yang berfungsi untuk membolehkan naga naik ke langit.

Pada masa dulu, masyarakat Cina menggunakan naga untuk melambangkan kekuasaan dan kesucian maharaja Cina. Kalau terlihat simbol naga, ia bermakna maharaja. Disebabkan kesucian naga, maharaja Cina mengharamkan sebarang penggunaan naga dalam semua tujuan bentuk ukiran, pemakaian, gambar dan sebagainya pada rakyat biasa. Ini bermakna hanya maharaja saja yang layak menggunakan simbol naga.

Disebabkan itu, masyarakat Cina telah mengaitkan kesucian naga dengan  Yu Huang Shang Di Shen (Tuhan Maharaja Jed). Masyarakat Cina mempercayai Tuhan tersebut adalah ketua bagi semua dewa-dewi dan Tuhan dan semua alam dan mempunyai fungsi yang sama dengan maharaja Cina.