1.PERTANDINGAN TULISAN KALIGRAFI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KL2012, TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30 -4.30 PM TEMPAT: SMK TMN CONNOUGHT 2. PERADUAN MENGARANG ESEI BAHASA CINA SEK.MEN.WILAYAH PERSEKUTUAN KL 2012 TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30-12 TENGAH HARI TEMPAT: SMK TMN CONNAUGHT, KL

Thursday 22 March 2012

PERAYAAN CHENG BENG

Terima kasih kerana masih lagi membaca segmen Budaya Cina. Kali ini, saya nak bercerita tentang Perayaan Cheng Beng. Perayaan tersebut merupakan perayaan yang kedua penting bagi masyarakat Cina di Malaysia kerana ia merupakan perayaan untuk memperingati roh nenek moyang. Oleh yang demikian, sekiranya boleh, semua generasi muda seharusnya balik untuk menziarahi/menyapu kubur roh nenek moyang. Dalam tahun 2011, ia jatuh pada 5 April 2011. 


Tahukah anda? Perayaan ini mula disambut sepuluh hari sebelum dan selepas pada hari Perayaan Cheng Beng. Dipercayai pada hari tersebut, ia akan hujan untuk menggambarkan perasaan sedih kepada roh nenek moyang. Dalam tempoh tersebut, ramai masyarakat Cina akan mengadakan upacara pemujaan makanan kepada roh nenek moyang di kubur. Sebelum upacara tersebut dilakukan, upacara pemujaan akan dilakukan terlebih dahulu kepada patung Dewa Tua Pek Kong yang terletak di tanah perkuburan Cina sebagai tanda menghormati kepadanya. Selepas itu, ia diikuti dengan upacara pemujaan kepada patung Hou Tu Shen (Dewa Penjaga Kubur Tertentu) yang terletak di sebelah kubur nenek moyang masing-masing. Kemudian, ia disusuli dengan ritual pemujaan kepada roh nenek moyang.

Semasa upacara pemujaan dilakukan kepada roh nenek moyang, cucu-cicit mula meletakkan pek ji (duit kertas putih) dan ooi ji (duit kertas kuning) di atas tanah kubur Cina. Ia menandakan tanah kubur Cina tersebut telah diziarahi oleh keturunannya. Fungsi simbolik bagi kedua-dua kertas tersebut adalah merupakan duit kepada roh nenek moyang. Kedua-dua duit kertas tersebut hanya boleh diletakkan sekali saja. Sekiranya terdapat keturunan yang ingin berbuat demikian, mereka boleh membakar kepada roh nenek moyang sebagai tanda pemberian kepadanya.

Sepanjang tempoh perayaan Cheng Beng, masyarakat Cina tidak dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa ang su (peristiwa menggembirakan) seperti hari jadi, perkahwinan dan sebagainya. Bagi mereka, perayaan tersebut adalah perayaan hantu yang mampu membawa sial.

No comments:

Post a Comment