1.PERTANDINGAN TULISAN KALIGRAFI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KL2012, TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30 -4.30 PM TEMPAT: SMK TMN CONNOUGHT 2. PERADUAN MENGARANG ESEI BAHASA CINA SEK.MEN.WILAYAH PERSEKUTUAN KL 2012 TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30-12 TENGAH HARI TEMPAT: SMK TMN CONNAUGHT, KL

Thursday 22 March 2012

SISTEM KEAGAMAAN MASYARAKAT CINA

Di ruangan ini, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan tentang budaya, agama, adat resam, dan lain-lain pasal masyarakat Cina di Malaysia.  Hari ni, saya nak kongsi tentang sistem keagamaan masyarakat Cina atau dikenali juga sebagai keagamaan rakyat Cina (min jian xin yang). Dalam keagamaan ini, ia lebih bersifat sinkretisme iaitu campuran agama, adat-resam, kepercayaan lokal, pantang-larang dan sebagainya sehingga terbentuknya satu keagamaan baru. KAlau rakan-rakan nak tahu, secara asasnya, majoriti masyarakat Cina adalah beragama Buddha. Dalam masa yang sama, mereka juga mempercayai atau mengamalkan agama Tao, ajaran Konfusianisme, Kristian, Sathya Sai Baba dan sebagainya. Bagi mereka, selagi agama atau kepercayaan tersebut dapat dimanfaatkan, memajukan kehidupan mereka dan memenuhi keperluan kerohanian, mereka akan mencampur-adukkan keagamaan mereka.



Walaupun mereka juga percaya dengan semua agama, doktrin asas Buddhisme seperti konsep karma (yin guo) masih lagi kuat mempengaruhi fikiran mereka. Dengan kata lain, dalam konsep tersebut, sesiapa yang melakukan baik akan dibalas baik. Sebaliknya, sesiapa yang melakukan jahat akan dibalas buruk. Sebab itulah, mereka menjalani kehidupan dengan berpandukan  konsep karma. Sebab mereka percaya amalan karma yang dilakukan olehnya akan mempengaruhi keturunannya. Seboleh-bolehnya, mereka akan cuba elak daripada buat perbuatan dosa kerana ia dipercayai akan membawa musibah bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada anak dan keturunannya.


No comments:

Post a Comment