tarian singa
Tarian Singa (bahasa Cina:舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang
mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum
singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah tarian singa
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang
Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa
menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan
Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang
berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina,
kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian
singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang
menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka
menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa
betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan
bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian
ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat
jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan
pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar
daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di
hadapan kepalanya.
Tarian naga
Tarian naga(Cina: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan
persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa,
tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu
menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: 龍的傳人, Cina Ringkas: 龙的传人,
pinyin: lóng de chuán rén) sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang
menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh
menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak
zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau
memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana
alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga
untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" —
iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat,
mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki
ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala
dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan
tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini
secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan
ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang
menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama
sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal
Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam
buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi
kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak
laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah
tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan
menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan.
Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular
selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi
daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima
warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga
dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti
Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan
naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar
negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga,
persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa
beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat
dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi
persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan
tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Tuesday, 14 February 2012
MAKLUMAT BERKAIT MASYARAKAT CINA
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

SEJARAH MASYARAKAT CINA
Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China
yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua
bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Mereka juga digelar mahua (Cina Ringkas: 马华; Cina Tradisional: 馬华; pinyin: Mǎhuá).
Sejarah
Gelombang Pertama
Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan .Sekolah Cina yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penngantar.
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China .
Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.
Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.
Status ekonomi
Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik.
Sejarah
Gelombang Pertama
Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan.
Gelombang Kedua
Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya.Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan.Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat .Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat.Suku Dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan FuZhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
Pendidikan
Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma .Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar . Contohnya Bahasa Malaysia , Mandarin ,dan Tamil. Walaubagaimanapun, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah .Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris ,sekolah kebangsaan ,dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.
Pendidikan Cina
Sekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815. Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an.Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan .Sekolah Cina yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penngantar.
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China .
Ekonomi
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.
Pekerjaan
Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta.Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.
Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.
Status ekonomi
Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia.
Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit.Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik.
Agama
Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddhism, Taoism, Confucianism , dan penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.
WARISAN BUDAYA CINA
Adat Budaya Cina
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
· Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
· Bunyi nama mestilah sedap didengar.
· Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
· Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
· Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
![]() |
PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA |
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai
perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk
dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan
pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum
tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti
berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
Kelahiran
Pelbagai
adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan
selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai
bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi
yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,
kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung
sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan
kegiatan seharian mereka.
Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki.
Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui
pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa
buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap
menjadi milik keluarga suaminya.
·
Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya
mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga
perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat
dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari
terkena badi.
·
Hindari Permasaalahan
Di
samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses
bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu
dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi
nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara
pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan
perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.
Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam
Selain
itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok
perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang
manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama
sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini
akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada
kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk
perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan
ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah
perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita
Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh
hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk
angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai
kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki
angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke
dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan
menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir
selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani
kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat
lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan
tidak mendengar kata.
Dari
segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut
dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.
Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada
badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.
Kenduri
Seperti
masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat
berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur
yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang
terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya
dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
· Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
· Bunyi nama mestilah sedap didengar.
· Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
· Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
· Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
Selamat Tahun Baru Cina: Gong Xi Fa Cai
Astrologi Cina, mengikut peredaran terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, satu tahun baru Cina Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan dia mempersembahkan diri di depan dia. Hanya ada 12 binatang sahaj yang datang. Yang pertama ialah Tikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Sebagai tanda berterima kasih, Buddha memutuskan menamakan setahun mengikut tiap binatang, tambahan tiap orang yang lahir pada tahun tersebut memiliki sebarang ciri-ciri dan sifat binatang itu.
Selamat Tahun Baru Cina: Gong Xi Fa Cai
Gong Xi Fa Cai adalah suatu ucapan selamat Tahun baru yang jika diterjemahkan bermakna "Selamat Bertambah Kaya".
Astrologi Cina, mengikut peredaran terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, satu tahun baru Cina Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan dia mempersembahkan diri di depan dia. Hanya ada 12 binatang sahaj yang datang. Yang pertama ialah Tikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Sebagai tanda berterima kasih, Buddha memutuskan menamakan setahun mengikut tiap binatang, tambahan tiap orang yang lahir pada tahun tersebut memiliki sebarang ciri-ciri dan sifat binatang itu.
MAKNA HAIWAN
KEPERIBADIAN TIKUS
Menarik hati, akal kancil, pandai menyesuaikan diri, kreatif, pemboros, berkawan, pandai dengan angka.
TAHUN TIKUS
Waktu sedia untuk pengembaraan yang baru. Waktu baik bagi berpindah atau memulakan pekerjaan baru. Kesihatan dan kewangan baik tetapi simpan untuk tahun yang datang.
KEPERIBADIAN LEMBU
Dapat dipercayai, praktik, teratur, setia, tidak mahu berkongsi. Tidak gemerlapan tetapi kuat dan teguh.
TAHUN LEMBU
Tahun kekukuhan dan pengembangan dengan cermat tetapi penting menjamin anda dapat tandatangan di garisan bertitik atau anda boleh menghilangkan peluang.
KEPERIBADIAN HARIMAU
Bersaing, pemimpin, berani, ghairah.
TAHUN HARIMAU
Waktu perubahan dramatik dan huru-hara. Waktu taruhan besar dan memburu matlamat dengan garang. Bukan waktu baik bagi berjudi. Berjaga-jaga kemalangan.
KEPERIBADIAN ARNAB
Ramah mesra walau pun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, seorang penyembuh berbakat.
TAHUN ARNAB
Tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun baik bagi hal memperanakkan. Tahun baik bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Berjaga-jaga terlalu turutan kendak dan kelengahan.
KEPERIBADIAN NAGA
Seorang extrovert, berhias, ganjil dan istimewa. Cerdik dan tak tentu tetapi selalu di lampu tumpu.
TAHUN NAGA
Waktu baik bagi rancangan boros dan kreatif. Cenderung berjudi pada satu rancangan besar, pemenang membolot segala-gala. Kejayaan untuk orang dan projek ganjil dan artistik.
KEPERIBADIAN ULAR
Halus budi bahasa dan lemah lembut. Pandai memungut maklumat and mengunakannya dengan cerdik. Iri hati.
TAHUN ULAR
Tahun gosip dan umpatan. Tahun untuk berjaga-jaga apa yang terjadi di bawah muka. Keanggunan dan kehalusan. Baik bagi perundingan rahsia.
KEPERIBADIAN KUDA
Ramah mesra, sportif, gemar bercakap, seorang penzamin (terutama jika dilahirkan pada 1906 atau 1966).
TAHUN KUDA
Tahun kestabilan politik dan memperkuatkan posisi anda. Perjalanan. Berjaga-jaga untuk pembaziran.
KEPERIBADIAN KAMBING
Tidak mementingkan diri sendiri, penuh kasih sayang, baik hati, artistik, seorang tukang, diplomatik.
TAHUN KAMBING
Tahun perdamaian dan perkara kemanusiaan, cinta.
KEPERIBADIAN MONYET
Suka menciptakan hal baru, cerdik, nakal, tidak bermoral, serba boleh, penuh fikiran dan percakapan.
TAHUN MONYET
Ketidakstabilan, janji dimungkiri dan pertengkaran politik. Tahun keresahan dan ketidakstabilan mata wang. Baik bagi spekulasi.
KEPERIBADIAN AYAM JAGUH
Berazam, berbangga, yakin, bersifat tajam, terus terang. Sering mengambil terlalu tanggunjawab. Lurus hati dan cekap.
TAHUN AYAM JAGUH
Tahun waktu kerjaya lebih penting daripada rumah. Pengorbanan dan kekecewaan dalam cinta. Perasaan nasionalis naik dan pelampauan.
KEPERIBADIAN ANJING
Setia, lurus hati, seorang pekerja yang rajin, konservatif, bersikap mempertahankan diri, keras hati, kawan bagus, sportif, berjuang.
TAHUN ANJING
Tahun untuk konservatisme dan pertahanan. Baik bagi harta dan mengubah rancangan. Baik bagi kesihatan.
KEPERIBADIAN BABI
Suka rumah, bersahaja, murah hati, terlalu menurut kehendak, baik hati, rajin, rela meneruskan dengan sebuah projek sehingga berakhirnya.
TAHUN BABI
Tahun baik bagi perhimpunan keluarga dan perkara berkenaan dengan keluarga. Tahun baik bagi menyelesaikan projek dengan berjaya. Tidak baik bagi pengembangan.
TAHUN CINA
Tikus 1936 1948 1960 1972 1984 1996 2008
Lembu 1937 1949 1961 1973 1985 1997 2009
Harimau 1938 1950 1962 1974 1986 1998 2010
Arnab 1939 1951 1963 1975 1987 1999 2011
Naga 1940 1952 1964 1976 1988 2000 2012
Ular 1941 1953 1965 1977 1989 2001 2013
Kuda 1942 1954 1966 1978 1990 2002 2014
Kambing1943 1955 1967 1979 1991 2003 2015
Monyet 1944 1956 1968 1980 1992 2004 2016
Ayam 1945 1957 1969 1981 1993 2005 2017
Anjing 1946 1958 1970 1982 1994 2006 2018
Babi 1947 1959 1971 1983 1995 2007 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)