![]() |
PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA |
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai
perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk
dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan
pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum
tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti
berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
Kelahiran
Pelbagai
adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan
selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai
bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi
yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,
kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung
sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan
kegiatan seharian mereka.
Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki.
Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui
pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa
buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap
menjadi milik keluarga suaminya.
·
Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya
mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga
perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat
dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari
terkena badi.
·
Hindari Permasaalahan
Di
samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses
bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu
dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi
nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara
pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan
perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.
Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam
Selain
itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok
perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang
manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama
sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini
akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada
kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk
perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan
ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah
perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita
Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh
hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk
angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai
kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki
angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke
dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan
menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir
selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani
kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat
lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan
tidak mendengar kata.
Dari
segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut
dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.
Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada
badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.
Kenduri
Seperti
masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat
berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur
yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang
terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya
dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
· Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
· Bunyi nama mestilah sedap didengar.
· Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
· Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
· Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
No comments:
Post a Comment