1.PERTANDINGAN TULISAN KALIGRAFI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KL2012, TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30 -4.30 PM TEMPAT: SMK TMN CONNOUGHT 2. PERADUAN MENGARANG ESEI BAHASA CINA SEK.MEN.WILAYAH PERSEKUTUAN KL 2012 TARIKH: 21 APRIL 2012 (SABTU) MASA: 7.30-12 TENGAH HARI TEMPAT: SMK TMN CONNAUGHT, KL

Tuesday 14 February 2012

TARIAN TRADISIONAL CINA

tarian singa
Tarian Singa (bahasa Cina:舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah tarian singa
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Tarian naga
Tarian naga(Cina: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: 龍的傳人, Cina Ringkas: 龙的传人, pinyin: lóng de chuán rén) sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.

No comments:

Post a Comment