Tahun Baru Cina II
Satu
lagi makanan kegemaran masyarakat Cina dalam Tahun Baru Cina. Dengan
adanya kuil bakul yang sebegitu manis dalam sepanjang Tahun Baru Cina,
ia menandakan kehidupan masyarakat Cina tersebut akan bertambah manis,
gembira dan bahagia.
Warna Merah Sebagai Warna Dominan
Warna
merah dan kuning akan diguna pakai sekiranya ia melibatkan peristiwa
menggembirakan termasuk Tahun Baru Cina. Ini kerana warna-warna tersebut
memberikan tuah, kekayaan, kesejahteraan, kesihatan baik, kekayaan,
kemakmuran dan makna simbolik yang baik kepada seseorang baik. Apa-apa
saja warna, warna merah akan diutamakan terlebihdahulu. Sekiranya anda
melawat rumah masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina, rumah mereka akan
dihiasi dengan warna merah. Mengikut tradisi lama, masyarakat Cina
dikehendaki memakai pakaian berwarna merah atau kuning pada hari pertama
Tahun Baru Cina. Malah mereka dilarang sama sekali memakai pakaian
orang mati atau pakaian gelap seperti hitam, biru tua, hitam-putih,
hitam-biru tua, hitam-biru tua-putih dan biru tua-putih. Warna ini akan
memberi makna simbolik yang negatif seperti mati, kemalangan, malapetaka
dan sebagainya kepada masyarakat Cina sepanjang tahun. Tetapi, generasi
muda pada zaman sekarang tidak lagi mengikut tradisi ini. Jadi, pastikan anda memakai pakaian cerah semasa mengunjungi rumah masyarakat Cina.
Gong Xi Fa Cai (恭喜发财)
Ayat ini merupakan ayat yang wajib diucapkan semasa bertembung semasa Tahun Baru Cina. Tahukah apa maksudnya? Gong Xi bermaksud Selamat dan Fa Cai bermaksud Mengembangkan Kekayaan. Jadi, sekiranya anda melawat rumah masyarakat Cina sepanjang Tahun Baru Cina, ucaplah dulu Gong Xi Fa Cai
kepada tuan punya rumah. Mereka mempercayai mereka akan dimurahkan
rezeki dan kekayaan mereka dikembangkan sepanjang tahun tersebut.