Long
(naga) merupakan haiwan imaginasi yang dibayangkan oleh masyarakat
Cina. Bagi semua peristiwa Cina, diwajibkan bagi mereka meletakkan
gambar long member makna simbolik seperti tuah, kekayaan,
kegembiraan dan sesuatu yang amat baik dan suci. Atas kesucian naga,
masyarakat Cina menghormati naga seperti dewa-dewi sehingga mereka
menamakan nama anak dan keturunan mereka dengan menggunakan long.
Tahukah anda? Haiwan ini merupakan percantuman beberapa anggota badan
haiwan tertentu sehingga menjadi seekor naga. Kalau ikut kepercayaan
masyarakat Cina, naga hanya boleh didapati di syurga dan hanya boleh
digunakan oleh dewa-dewi atau Tuhan sahaja. Tapi, kadang-kadang naga
dianggap sebagai pembantu khas dewa-dewi atau Tuhan. Kalau anda nak
tahu, biasanya warna yang digunakan untuk melukis dan mengukir patung
naga adalah merah dan kuning sebab kedua-kedua warna tersebut adalah
warna tuah bagi masyarakat Cina. Berikut adalah deskripsi anggota badan
naga:
Tanduk
seperti tanduk rusa jantan; kepala seperti kepala haiwan acamel; mata
seperti mata syaitan; leher seperti ular; perut seperti kepah; sisik
seperti ikan kaloi; cakar seperti burung helang; tapak kaki seperti
harimau; telinga seperti lembu. Terdapat sesuatu benda yang berupakan
benjolan besar di atas kepalanya, ia dipanggil sebagai chi mu yang
berfungsi untuk membolehkan naga naik ke langit.
Pada
masa dulu, masyarakat Cina menggunakan naga untuk melambangkan
kekuasaan dan kesucian maharaja Cina. Kalau terlihat simbol naga, ia
bermakna maharaja. Disebabkan kesucian naga, maharaja Cina mengharamkan
sebarang penggunaan naga dalam semua tujuan bentuk ukiran, pemakaian,
gambar dan sebagainya pada rakyat biasa. Ini bermakna hanya maharaja
saja yang layak menggunakan simbol naga.
Disebabkan itu, masyarakat Cina telah mengaitkan kesucian naga dengan Yu Huang Shang Di Shen
(Tuhan Maharaja Jed). Masyarakat Cina mempercayai Tuhan tersebut adalah
ketua bagi semua dewa-dewi dan Tuhan dan semua alam dan mempunyai
fungsi yang sama dengan maharaja Cina.
No comments:
Post a Comment