Tahukah
anda? Perayaan ini mula disambut sepuluh hari sebelum dan selepas pada
hari Perayaan Cheng Beng. Dipercayai pada hari tersebut, ia akan hujan
untuk menggambarkan perasaan sedih kepada roh nenek moyang. Dalam tempoh
tersebut, ramai masyarakat Cina akan mengadakan upacara pemujaan
makanan kepada roh nenek moyang di kubur. Sebelum upacara tersebut
dilakukan, upacara pemujaan akan dilakukan terlebih dahulu kepada patung
Dewa Tua Pek Kong yang terletak di tanah perkuburan Cina sebagai
tanda menghormati kepadanya. Selepas itu, ia diikuti dengan upacara
pemujaan kepada patung Hou Tu Shen (Dewa Penjaga Kubur Tertentu)
yang terletak di sebelah kubur nenek moyang masing-masing. Kemudian, ia
disusuli dengan ritual pemujaan kepada roh nenek moyang.
Semasa upacara pemujaan dilakukan kepada roh nenek moyang, cucu-cicit mula meletakkan pek ji (duit kertas putih) dan ooi ji
(duit kertas kuning) di atas tanah kubur Cina. Ia menandakan tanah
kubur Cina tersebut telah diziarahi oleh keturunannya. Fungsi simbolik
bagi kedua-dua kertas tersebut adalah merupakan duit kepada roh nenek
moyang. Kedua-dua duit kertas tersebut hanya boleh diletakkan sekali
saja. Sekiranya terdapat keturunan yang ingin berbuat demikian, mereka
boleh membakar kepada roh nenek moyang sebagai tanda pemberian
kepadanya.
Sepanjang
tempoh perayaan Cheng Beng, masyarakat Cina tidak dibenarkan untuk
menganjurkan apa-apa ang su (peristiwa menggembirakan) seperti hari
jadi, perkahwinan dan sebagainya. Bagi mereka, perayaan tersebut adalah
perayaan hantu yang mampu membawa sial.
No comments:
Post a Comment