Walaupun mereka juga percaya dengan semua agama, doktrin asas Buddhisme seperti konsep karma (yin guo)
masih lagi kuat mempengaruhi fikiran mereka. Dengan kata lain, dalam
konsep tersebut, sesiapa yang melakukan baik akan dibalas baik.
Sebaliknya, sesiapa yang melakukan jahat akan dibalas buruk. Sebab
itulah, mereka menjalani kehidupan dengan berpandukan konsep karma.
Sebab mereka percaya amalan karma yang dilakukan olehnya akan
mempengaruhi keturunannya. Seboleh-bolehnya, mereka akan cuba elak
daripada buat perbuatan dosa kerana ia dipercayai akan membawa musibah
bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada anak dan keturunannya.
Thursday, 22 March 2012
SISTEM KEAGAMAAN MASYARAKAT CINA
Di
ruangan ini, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan tentang budaya,
agama, adat resam, dan lain-lain pasal masyarakat Cina di Malaysia.
Hari ni, saya nak kongsi tentang sistem keagamaan masyarakat Cina atau
dikenali juga sebagai keagamaan rakyat Cina (min jian xin yang).
Dalam keagamaan ini, ia lebih bersifat sinkretisme iaitu campuran agama,
adat-resam, kepercayaan lokal, pantang-larang dan sebagainya sehingga
terbentuknya satu keagamaan baru. KAlau rakan-rakan nak tahu, secara
asasnya, majoriti masyarakat Cina adalah beragama Buddha. Dalam masa
yang sama, mereka juga mempercayai atau mengamalkan agama Tao, ajaran
Konfusianisme, Kristian, Sathya Sai Baba dan sebagainya. Bagi mereka,
selagi agama atau kepercayaan tersebut dapat dimanfaatkan, memajukan
kehidupan mereka dan memenuhi keperluan kerohanian, mereka akan
mencampur-adukkan keagamaan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment